Semalam,masa tengah sibuk online Dalz terjumpa satu entry yg agak baik utk dikongsi dengan korang semua. Dalz rasa tentu ramai yg mmg nak tau kan??
hihihiihi...^_^
its about our FOUNDATION!
so,jom kite baca artikel menarik dari kak Lipstik Pink
Bercakap mengenai foundation, kali ini kita akan membincangkan tentang pemakaianfoundation secara betul dan berkesan. Foundation merpakan asas utama dalam seni solekan. Seprti semua sedia maklum, penggunaan foundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita lebih sempurna. Setelahfoundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.
Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. Jenis foundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundationsetelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual.

Harus diingat, jenis foundationbergantung kepada kesesuai kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.
Apabila anda membeli foundation untuk wajah anda, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. Jika anda berkulit kering, pilihlahfoundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. Namun sila pastikan anda memilih foundationyang bahan pembuatannya berunsur air. Bagi kulit yang cenderung berminyak,foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.
Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabila membelifoundation untuk wajah anda. Sebagi tips, kulit yang cerah, pilihlah foundationyang bertone light. Tone warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tone deep. Jika anda mahu selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.
Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikitfoundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri. Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! Setelah menyapu foundation pada rahang, perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, nah.. Itulah warna yang palindg sesuai untuk anda. Mudah bukan?
Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagai foundationbrush juga bagus digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brushuntuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
tapi kalau muke camni????!
No comments:
Post a Comment